Salam semua.....
Cuti hari raya haji yang lalu, Haziq dan keluarganya telah balik ke Kedah untuk melawat neneknya yang mengalami banjir di Kedah. Sebelum ke Kedah, Haziq singgah di Melaka 3 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.
Sampai-sampai je di melaka, dia sibuk nak suruh buka vcd graduation day nya. Selagi tak dilayan, selagi tulah dia dok usung vcd nya tu. Pi rumah mak Longnyapun dia bawa, nak tunjuk kat sepupunya. Pi rumah Maklangnya juga dia dok bawa. Apa nak buat...layan je la.
Dalam vcd tu adalah pertunjukan dia bersilat diiringi lagu Mantera Semerah Padi. Ayahnya kata, macam tebar roti canai jer dia joget....malu-malu lak tu bila kena usik.
Sempat jugalah dia pi Pengkalan Balak, makan Nasi Arab di Melaka semasa berada di Melaka.
Di kedah juga, dia sibuk promosikan vcd nya tu. Hehehehe....layan jer lahhh
Di kedah juga dia dapat lampu hijau main hujan dari ayahnya. Bukan main suka ler. Sambil dia 'sibuk' dok bantu ayah dan ibunya bersihkan rumah neneknya yang kena banjir, sambil tu juga dia amik kesempatan main hujan. 'Hantu air' lah katakan. Mana boleh pisahkan dia dengan air.
Dalam perjalanan balik ke Johor semula, dia singgah balik di Melaka untuk semalamam. Sempat juga pi makan nasi padang di restoran Indori di bandar hilir. Lepas tu naik feri di sungai Melaka. Cuti-cuti malaysia.
Ibu dan ayahnya memang suka mencuba masakan dari luar. si Haziq ni kalau ada sepepunya makan, barulah dia berselara nak makan. Kena bodek-bodek sikit supaya dia makan banyak sikit. Sukar dijangka kegemarannya. Kadang2 suka nasi lemak, tapi pada masa yang lain tak nak pula...Kena layan jugaa...
(Update via Fotopages - Ahad 28.11.2010)
Tuesday, February 9, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment