Jumaat lepas (29.6.12) Ibu Haziq telah pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan penggal 2012. Haziq mendapat keputusan yang baik. 4A 1B. Oleh kerana persaingan yang sengit di dalam kelasnya, maka Haziq telah berada pada kedudukan ke 13 untuk sekolah kebangsaan.Untuk sekolah agama pula dia mendapat no. 5 dan untuk hafazan pula, Haziq mendapat no. 1 kerana telah menghafal 28 surah. Apa yang keliru? Yang pertama...sejak dari pra sekolah lagi Haziq selalu mendapat kedudukan top 3. Tahap keyakinan Haziq juga amat tinggi. Dia target dapat no. 2. Jadi bila dapat no. 13 dia agak kecewa dan ditambah pula dengan kedudukan no.5 untuk sekolah agama..dia lagilah keliru. Seboleh mungkin dia beranggapan dia mendapat no. 5 dan no.13 dia tak mahu sebut langsung. He he he Tapi setelah diberi penerangan oleh ibunya, barulah dia faham. Dia menerimanya dengan hati yang terbuka dan berazam untuk buat yang lebih baik lagi. Apapun, Haziq tetap mendapat pujian guru kelasnya. Haziq ada ciri-ciri kepimpinan yang terserlah sebagai ketua kelas. Menurut gurunya, Haziq seorang yang sangat membantu rakan-rakannya. Pernah terjadi insiden kawannya terjatuh dalam lumpur, Haziq menolong kawannya membersihkan seluar hingga selesai. Apapun semoga Haziq terus berjaya. Berkenaan dengan gambar di atas, ianya diambil semasa Haziq selesai menunaikan solat Zohor di Masjid MITC, Melaka. Entah apa moodnya hari itu, dia dengan rela hati bergambar di bawah pohon palma sambil menyanyi. Tengok ajalah aksinya...memang mencuit hati. Memang susah nak suruh dia bergambar, tapi bila dia ada mood untuk bergambar..hasilnya WALLA. Lagu dia nyanyi.....entahlah tak dapat nak pastikan. Gerenti pakai hentam...hehehe (Update via Fotopages - Isnin 02.07.2012) | ||
Wednesday, February 10, 2016
Haziq Keliru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment