Tuesday, February 9, 2016

Happy Birthday Aishah...Selamat Berombongan Haziq


Hari ini (16.7.2011) genaplah 2 tahun umur adik Haziq si Aishah. Diam tak diam dah 2 tahun umur si Aishah. Selamat hari lahir buat Aishah. Semoga diberkati dan dirahmati dalam kehidupan.

Hari ini juga, si haziq dan rakan sekelasnya di tadika Zon Pintar mengikuti rombongan ke Melaka. seharianlah dia berada di Melaka. Zoo melaka tu dah beberapa kali dah dia pergi. Dia dah biasa dengan keadaan di situ. Tapi pergi dengan rakan sekelas mungkin memberi pengalaman yang lebih menarik dan berlainan buat si Haziq. Apapun selamat pergi dan kembali buat Haziq.

Yang bestnya, seharian Haziq takda, membuatkan ibu si Haziq sunyi. Tak pernah dia berpisah dengan Haziq dalam jangkamasa yang lama. Hehehe..kena banyak bersabar. Dan mungkin sambutan Hari Lahir Aishah yang ke-2 ditunda kepada hari Ahad. Haziqpun tentu nak meraikan sama-sama hari lahir adiknya. betul tak?!!

Apapun, tengoklah pic2 sambutan yang ringkas tapi pastinya istimewa buat Aishah..

* Al-Fatihah juga buat Allahyarham Daut Bin Hj. Abdul Ghani iaitu atuk si Haziq dan Aishah yang juga genap 13 tahun pulang ke Rahmatullah pada 16.07.2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

(Update via Fotopages - Ahad 17.07.2011)




 




No comments: