Wednesday, February 10, 2016

Haziq Di Kejohanan Taekwando

Pada 17.6.2012 yang lalu, Haziq telah menyertai kejohanan Taekwondo 2012. Dia memang terujalah. Cuma ibunya sahaja yang agak cuak dan fikir yang bukan-bukan. Maklumlah, ini adalah kejohanan yang pertama untuk Haziq.

Seperti biasa, haziq memang tak boleh nak duduk diam. Bila org lain 'berlawan'..dia dok ligat merayau dalam dewan. Bukannya beri tumpuan kepada setiap peserta yang bertanding. Bila ibunya melihat ada peserta yang menangis bila bertarung dan tarik diri, lagilah naluri keibuannya bagai disiat-siat. Macam2 yang terlintas difikiran.

Bila sampai giliran Haziq, Alhamdulillah..segala tunjuk ajar jurulatihnya selama ini dipraktikkan. Jurulatihnyapun agak tercengang bila Haziq menunjukkan kesungguhan dalam pertarungan tersebut sehingga dia berkata "Haziq is a good fighter".

Cuma haziq kurang mendapat mata kerana mata yang banyak akan diperolehi bila tendangan ke kepala dibuat. Kalau diberi tahu dari awal, mungkin Haziq akan mempariaktikkannya kerana Haziq ni akan ingat bila diberitahu last minute.

Setelah selesai semua pertanrungan, akhirnya haziq berjaya mendapat tempat ke-3. Satu pencapaian yang baik untuk penyertaan kali pertama. InsyaAllah tahun depan haziq boleh baiki kedudukan. TAHNIAH.

Apapun...minggu ini (22.6.12) Haziq dan keluarga telah berlepas ke Alor Setar, kedah untuk melawat neneknya di sana yang tidak berapa sihat. Apapun, semuanya akan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk nenek haziq di Kedah. Amin. 

(Update via Fotopages - Sabtu 23.06.2012)




No comments: