Thursday, February 11, 2016

Emas Untuk Haziq & Aisyah

Mula-mula sekali nak ucap TAHNIAH untuk haziq & Aishah kerana telah mendapat emas untuk Kejohanan Taekwondo Terbuka Pasir Gudang 2014 pada 13.5.2014 tempohari.

Ramai peserta dari berbagai persatuan yang menghantar wakil-wakil mereka untuk menyertai kejohanan termasuklah si comel kita Aishah yang begitu teruja. Memang peluang inilah yang selalu dinanti-nantikan kerana selalunya dia berlatih.

Seharian mereka sekeluarga berkampung di sana. Walaupun ada perasaan gundah dan gusar di hati si ibu apabila melihat anak-anak bertanding kerana takut tercedera atau melihat mereka 'dipukul'....semangat harus kuat kerana pengalaman dari pertandingan sebeginilah yang akan membentuk keyakinan diri haziq dan Aishah seterusnya membina sahsiah diri yang baik dan menarik. Ianya satu sukan yang sihat.

Walaupun Aishah menang tanpa bertanding (kerana lawannya tak mahu masuk gelanggang), tetapi semangat dan keyakinan diri yang ditunjukkannya untuk masuk gelanggang dan diperhatikan oleh ratusan yang ada seharusnya diberi pujian. Bukan mudah untuk melawan 'ketakutan' yang ada dalam diri sendiri dan pada hari itu, Aishah sudah membuktikannya yang dia berjaya melawan perasaannya sendiri dan itu adalah satu kemenangan yang terbesar.

Haziq pula terus membina keyakinan dan tidak gentar lagi menghadapi kekalahan dan semangat juangnya yang tinggi melayakkan dia untuk muncul juara.

Sekali lagi..TAHNIAH untuk adik beradik ni...semoga kejayaan demi kejayaan sedang menunggu mereka di hadapan. Walau apapun, jika 'jatuh' jangan takut untuk melompat lebih tinggi lagi. kami semua akan terus menyokong.

Jom tengok gambar... 

(Update via Fotopages - Jumaat 16.05.14)




No comments: