Friday, February 5, 2016

Haziq Semakin Memahami...

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, Haziq dan familinya telah pulang bercuti ke kampung. Sepanjang 4 hari berada di kampung, bermacam aktiviti dia telah lakukann antaranya:-

1. Menyertai pertandingan boling keluarga selama pada 13/2 dan 16/2 di Melaka International Bowling Centre.
2. Mandi Kolam Di Tg. Bidara Beach Resort pada 15/2 dan 16/2
3. BBQ keluarga dan sambutan hari lahir ahli keluarga yang jatuh pada bulan 2 pada malam 15/2

Penuh jadualnya di kampung tapi nampak tak penat2 dia berlari sana berlari sini.

Sepanjang dia berada di kampung, ada beberapa perkara atau perubahan dirinya yang ketara antaranya :

1. Sudah boleh tidur luar bersama pak andaknya, walaupun dah nak pagi, dia pi lari tidur dalam bilik dengan mak dan ayahnya.
2. Kalau nak tengok saluran astro ceria, dia akan tanya dulu, boleh tak dia tukar saluran.

Perubahan yang positif.

Kadang-kadang bila berbual dengan dia, ada perkataan-perkataan yang tak terjangkau budak 4 tahun boleh sebut seperti 'besar gedabak', 'sia-sia'.

Bila memandu ditempat-tempat yang pernah dia lalu, walaupun setahun yang lalu, dia masih boleh ingat dia pernah pergi situ. Kitapun dah lupa, tapi dia masih ingat.

Bila petang hari, masa bagi ayam makan, dia tanya, kenapa ayam berkokok...kita jawab supaya pagi-pagi orang bangun. Suatu pagi tu bila dia dia terdengar ayam berkokok..dia kata pada ibunya..

" Ibu, ayam tu suruh kita bangun eh? Nanti2lah haziq bangun..haziq nak tidur lagi" Lebih kurang macam tulah dia cakap dekat ibunya.

Sekarang ni, dah boleh diharaplah nak suruh apa-apa kat haziq...cuma kadang-kadang tak terlayan jer dengan karenahnya...hehehe...

Inilah pic terbaru Haziq semasa bermain boling tempohari... 

(Update Via Fotopages - Rabu 17.02.2010)







No comments: