Semalam (23.9.12 - Ahad) Haziq dan keluarga besarnya akan menaiki bas persiaran untuk menghadiri perkahiwnan dua pupunya di Bangi untuk majlis sebelah pihak perempuan. Memang terujalah si Haziq bila dapat naik bas. Mula-mula excited nak duduk dengan Pak Andaqnya, tapi bila dah ramai naik bas...akhirnya dia pilih duduk dengan dua pupunya si Edi. Kirakan dia dua orang boleh ngam lah. Sebab dah selalu jumpa dan didedahkan untuk bergaul...masing2 taklah malu2 dan rasa kekok bila bersama.
Apapun, memang semuanya nampak enjoy dan excited naik bas. Ada yang dah lama tak naik bas, bila sesekali berpeluang, memang seronoklah. Yang bestnya, semua dalam bas adalah kaum keluarga.
Nilah gambar yang sempat dirakamkan....
(Update via Fotopages - Isnin 24.09.12)
Wednesday, February 10, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment