Sempena cuti Merdeka yang agak panjang tempohari, Haziq dan keluarga telah meluangkan masa menikmati malam kemerdekaan di bandaraya JB. Kalau bab berjalan, gerentilah Haziq dan Aisyah suka bebenor. Kebetulan pula pada hari yang sama Nenek, Pak Ndak dan dua org sepupunya (Aman dan Najwan) mengikuti rombongan syarikat tempat Pak Ndaknya bekerja ke Legoland dan makan malam di restoren Singgah Selalu. Memang Haziq dan Keluarganya melalui kawasan restoren tersebut tetapi oleh kerana kesuntukan masa, maka tidak dapatlah bertemu. Ibu Haziq tersangatlah ralat kerana kalau dia tahu awal-awal, pastinya dapat atur masa untuk berjumpa walau sekejap. Aisyah pula, seminggu dua ni dah mula pandai nak gunakan Lipstick bila nak ke sekolah tadikanya. Bila dia dah pakai tu, siapa-siapa yang minta cium, tak dapatlah sebab dia akan jaga bibirnya tu. Hahaha..dah pandai melawa anak dara sorang ni. Inilah gambar terbaru mereka dua beradik. Selamat Hari Merdeka....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... (Update via Fotopages - Ahad 17.09.14) | |
Thursday, February 11, 2016
Haziq & Cuti Merdeka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment