Hari ini, 01.07.2012 Haziq dan keluarganya telah menghadiri majlis perkahiwnan Pak Itamnya di Dewan Dr. Siti Hasmah Kuala Lumpur. Majlis yang simple tetapi menarik.
Keluarga besar haziq telah berkonvoi dengan 7 buah kereta ke Kuala Lumpur pada petang 30.06.12. Bermalam di Rumah Tamu Universiti dan esoknya berkonvoi pula ke dewan Puspanita untuk upacara akad nikah dan majlis bersanding.
Haziq memang teruja setiap kali berkumpul dengan keluarga besarnya kerana pada ketika inilah dia dapat bermain dan merapatkan silaturrahim dengan sepupu-sepupunya. Alhamdulillah...kerana dedahan dari kecil..dia dapat mengenal ahli keluarganya dan tiada masalah untuk bergaul bersama mereka.
Minggu depan (07.07.12) jika tiada aral melintang Haziq akan berada di Melaka untuk majlis dipihak lelaki pula. Tapi pada malam tu juga perlu balik semula ke Johor kerana keesokan harinya Haziq akan ber taekwando untuk proses kenaikan warna talipinggang.
Apapun..Semoga Berjaya..
(Update via Fotopages - Ahad 01.07.2012)
Wednesday, February 10, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment