Sebelum cuti sekolah tu hari, Haziq terpaksa dikuarantinkan untuk menelaah pelajaran bersama ibunya. Bukan apa, kalau tidak dipantau, dia akan leka. Baca bukupun nanti sekejap jer dia dah khatam.
Haziq ni cepat bosan dengan sesuatu. Kalau suruh membaca, lagilah dia mengelak. Sebab itulah ibunya akan memantau bila haziq belajar. Haziq ni pula buat semua benda nak cepat. Kadang-kadang dalam pengiraan matematik, dia cuai. Bukannya dia tak tahu, tetapi disebabkan kecuaiannya, dia akan buat silap. Cuai mengira.
Yang bestnya, sekarang Haziq ada kawan belajar. Sapa lagi kalau bukan Aishah adiknya. Kalau haziq meniarap, dia pun meniarap. Haziq mewarna, diapun nak mewarna. Apa saja abangnya buat, dia nak tiru dan ikut. Haziq pula, bila buku-buku dia berselerak, Aishahlah jadi mangsa kena marah. Hehehe...Aishah memang suka selerakkan buku.
Musim cuti sekolah pula Haziq sibuk dengan peperiksaan Tae Kwan Do nya. Tak sempat dia nak balik kampunglah nampaknya.
Oklah kita tengok pic Haziq, Aishah dan anak sepepunya Qaseh bermain layang-layang di Pasir Gudang.
(Update via Fotopages - Isnin 30.05.2011)
Tuesday, February 9, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment