Salam....agak2nya umur Haziq berapa dia akan membaca semua entri kat fotopages ni? Mungkin masa dia baca nanti, sambil senyum sendiri...dia dah menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupannya. Dapatkah menyaksikannya nanti atau Pak Andaq sudah menjadi sejarah. Haziq ingat tak lagi kenangan bersama?...Entahlah...yang penting selagi bernafas hidup harus diteruskan. Semangat!
Bila bercakap tentangs sakit, Haziq pun sedari kecil mmg dah ada penyakit semputnya. Lelah. Jadi tak boleh makan sebarang. Kena banyak pantang. Pada awal bulan April tu hari, Haziq dan keluarganya ada balik ke kampung menghadiri kenduri doa selamat dan tahlil kerana sepeupunya yang dipanggil Along Shahril akan menunaikan Umrah.
Malam sebelum kenduri, Haziq, adiknya Aishah dan dua org sepupunya iaitu Aman dan Najwan telah ikut Pak Andaqnya ke bandar Melaka. Sambil berjalan, sambil singgah ke pejabat Pak Andaqnya. Bila balik, Pak Andaqnya singgah ke kedai dan bertanya pada semua sama ada hendak ais krim atau apa2 makanan. Aman nak air 100 plus. Najwan nak air Mountaain dew, Aishah nak ais krim....Haziq pula hanya nak air kosong saja.
Hairan juga...selalunya dia mmg suka ais krim. Sepanjang perjalanan Aman, Najwan dan Haziq seperti teruja nak makan air krim Magnum yang dimakan oleh Pak Andaqnya. Oleh kerana kesian dan mengerti perasaan budak2, akhirnya ketiga-tiga mereka dapat juga makan Ais Krim Magnum.
Sampai di rumah, Haziq meminta maaf pada ibunya kerana makan ais krim. Oh..rupa-rupanya Haziq dah berjanji dengan ibunya untuk tidak makan makanan yang boleh menyebabkan lelahnya datang semula. Patutlah dia minta air kosong...tapi naluri kanak2 yang sukakan ais krim akhirnya 'meragut' setianya pada malam tersebut.
Mengikut ibunya, Haziq memang patuh dengan nasihat....bila dia terasa seperti dah melanggar nasihat, dia akan minta maaf pada ibu dan bapanya. Alhamdulillah, malam tu lelahnya tidak datang menyerang.
Apapun semoga Haziq terus menjadi anak yang dengar kata..dan Pak Andaq akan terus cuba 'bertahan'. InsyaAllah.....
(Update via Fotopages - Sabtu 18.05.13)
Wednesday, February 10, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment