Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini Haziq beraya di kampung ibunya di Melaka. Dua hari sebelum raya, dia dan keluarganya sudah berada di Melaka. Seperti biasa, kemeriahan hari raya dikampung memang tarasa bila semua sepupu sepapat Haziq balik berkumpul. Bila dah ramai tu kemeriahan memang dirasai apabila kecil besar..tua dan muda sama-sama tolong menolong buat lemang, rendang kerang, semeblih ayam kampung, cabut bulu, kupik kulit kerang dan bermacam-macam lagi kerja yang boleh dilakukan. Oleh kerana ramai dah berkumpul, tahun ini buat pertama kalinya berbuka puasa dibuat secara buffet. Senang dan tidak banyak guna pinggan mangkuk. Selepas berbuka, semuanya berkumpil untuk sembahyang berjemaah isya' dan takbir hari raya, Selepas takbir, acara bertukar-tukar hadiah dan pemberian hamper dilakukan. Tahun ini haziq terpilih sebagai salah seorang penerima hamper kecemerlangan yang dinilai melalui kemenangannya dalam Tahfiz Muda tempohari. Tahniah haziq. Pada pagi berikutnya semasa sessi bermaaf-maafan, haziq telah buat kejutan sekali lagi apabila telah memberi sampul raya kepada adik beradik ibunya serta neneknya. Mengikut kata ibunya, duit hasil kemenangan sebagai Tahfiz Muda telah diperuntukkan sebahagiannya untuk sampul raya kerana Haziq telah berniat untuk melakukannya. Alhamdullillah....Haziq berkongsi kemenangannya dengan semua... Pada raya ke-2, haziq dan keluarganya menziarahi keluarga sebelah bapanya di kedah pula....Begitulah serba sedikit cerita raya Haziq pada tahun ini... Jom tengok gambar raya haziq....temanya Oren...... (Update via Fotopages - Ahad 03.08.14) | |
Thursday, February 11, 2016
Selamat Hari Raya 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment