Wednesday, February 10, 2016

Pertandingan Taekwando


Baru-baru ni Haziq memasuki pertandingan taekwando. Memang dia cukup teruja sampai hampir-hampir demam. Berbanding dengan pertandingan yang pertama dulu, kali ini Haziq lebih fokus melihat peserta-peserta lain berlawan. Tapi yang jadi masalahnya pula, dia semakin berdebar-debar menunggu giliran.

Kalau pertandingan pertama dulu, dia tak peduli peserta lain...dia enjoy untuk bertanding. tapi kali ini, mungkin bila nampak ada peserta yang menangis, dia jadi kecut perut. Tak keruan jadinya.

Walau bagaimanapun, dia takdalah sampai mahu menarik diri. Semangat juang haziq tinggi. Haziq berlawan bagus cuma banyak dari tendangannya tidak mengenai sasaran yang membolehkannya mendapat mata. Haziq tewas dan hanya mendapat hadiah sagu hati.

Takpalah haziq....mungkin ini adalah pengalaman yang berguna untuk haziq pada masa akan datang. Yang penting terus usaha dan majukan diri.

Kesempatan ini juga, kita sama-sama doakan Haziq supaya tenang menghadapi peperiksaan akhir penggal. Semoga lulus dengan cemerlang...

(Update via Fotopages - Sabtu 20.10.12)




 



 

No comments: