Semenjak bayi lagi haziq dah didedahkan dengan tradisi keluarga iaitu bermaaf-maafan di pagi hari raya. Jadi bila usianya menjangkau 5 tahun, dia dah terbiasa dengan semua itu jadi tidak kekok lagi untuk turut bersama-sama dalam sessi bermaafan di pagi Syawal 1431 H.
Kalau tahun lepas dia tak ikut giliran, main hentam jer...kini dia dah tahu nak beratur ikut giliran bersama-sama sepupunya yang lain. Dia semakin mengerti dan faham.
Yang menariknya, kalau tahun dulu dan sebelumnya, dia salam jer, tapi buat pertama kalinya tahun ini, dia memohon maaf sambil bercakap untuk meminta maaf dan mengakui kekhilafannya. Walaupun skrip yang dibacanya sama aja pada semua orang tapi tiulah yang lahir dari keikhlasan hatinya yang suci bersih. Tiada agenda tersembunyi..tulus dan polos.
Dan dia juga dah pandai simpan sampul raya yang diperolehinya...he he he. Nilai duitpun dia dah faham....
(Update via Fotopages - Ahad 29.09.2010)
Tuesday, February 9, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment