Tuesday, February 9, 2016

Selamat Ulangtahun Ke-5 & Selamat Hari Raya..

Salam Syawal buat semua...

Alhamdulillah, buat pertama kalinya haziq penuh berpuasa tatkala usianya menginjak 5 tahun pada 9.9.10 yang lalu. Hari lahirnya jatuh sehari sebelum raya.

Puasa akhir memang cukup mendugakan buat Haziq. Cuaca panas membuatkan haziq mandi 3-4 kali pada sepanjang hari itu. Mujurlah dia dapat juga menghabiskan puasanya bersama sepupunya di kampung.

Maka pada malamnya, selepas semua keluarga bersembahyang berjemaah Isya' dan bertakbiur beramai-ramai, haziqpun diraikan. Bukan sahaja dia, malah sepupunya Amira, Najwan, Zainie dan dua pupounya Qaseh serta paklongnya Suboh turut diraikan kerana mereka semua menyambut hari lahir pada bulan September.

Tahniah Haziq kerana berjaya berpuasa dan Selamat HariLahir yang ke-5. Semoga kekal ceria, sihat dan cemerlang dalam pelajaran ya.

(Update via Fotopages - Ahad 12.09.2010)





No comments: