Friday, February 5, 2016

Haziq Kurang Sihat

Minggu lepas haziq ada balik ke kampung di Melaka. Balik untuk menghadiri kenduri doa selamat rumah sepupu ibunya. Walaupun dalam keadaan tidak sihat dan batuk, tapi dia gagahi juga dirinya untuk bermain. Tak reti penat si haziq ni.

Bila malam, mulalah badannya gatal minta di garu. Menurut ibunya, gatal badan adalah merupakan satu symptom penyakit lelah.

Ingat tak perangai dia yang suka garu siku ayah/ibunya bila nak tidur. Perangai tu masih ada lagi...kadang-kadang bila terdesak sangat, siku adiknya si Aisyah akan jadi mangsa. kadang-kadang kalau tak dapat siku, asalkan jarinya terhimpit sikit dengan lengan ayah atau ibunyapun dah cukup baginya. ishk..ishk..ishk...macam2.

Buat masa sekarang si Aisyah belum tunjuk atau ikut perangai main siku macam si Haziq..cuma kadang2 bila hisap susu ibunya, tangannya garu dagu ibunya. Pulak...tapi belum jadi perangai lagi kut....

(Update Via Fotopages - Jumaat 09.04.2010)






No comments: