Wednesday, February 10, 2016

Cuti...Cuti...Cuti...

Cuti sekolahpun dah nak sampai ke penghujungnya. Kesempatan balik ke kampung dimanfaatkan sepenuhnya oleh Haziq dan keluarga. Selain dari aktiviti bermain bowling, Haziq dan keluarga telah bercuti ke Port Dickson - Tiara Beach Resort. Biasalah....tempat yang ada 'air' mesti menjadi pilihan kerana Haziq dan Aishah 'hantu air'.

Dapatlah mereka melepaskan 'dendam' bermain air sepuas-puasnya. Selepas bermalam di Tiara Beach Resort, keesokannya mereka sekeluarga terus ke Berjaya Times Square. Terujalah mereka dengan segala permainan di sana. Tapi ada juga permainan yang mereka tak dapat nak main disebabkan ketinggian tidak mencukupi.

Apapun, selepas ini Haziq kenalah tumpukan perhatian kepada persekolahannya. Kena fokus dan rajin mengulangkaji pelajaran.

Jom kita tengok gambar-gambar semasa di Tiara Beach Resort. 

(Update via Fotopages - Khamis 27.12.12)




No comments: