Tahun ni haziq agak sibuk sikit di sekolah. Banyak jemputan raya yang perlu dia dan kawan-kawan kompang & qasidahnya penuhi. Hinggakan ke Batu Pahat memenuhi jemputan. Sudah tentu diringi oleh ustaznya. Kalau dulu masa kecik2, dia suka tengok orang berkompang. Balik rumah, habis tin biskut menjadi mangsa dibuatnya kompang. Dipukulnya sekuat hati asalkan ada bunyi...walaupun entah apa irama dimainkan. Tapi kini, bunyinya tak sumbang lagi. Semoga Haziq menjadi generasi Al-Quran yang serba boleh. Insya Allah. (Update via Fotopages - Isnin 18.08.14) | |
Thursday, February 11, 2016
Jemputan Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment