Wednesday, February 10, 2016

Majlis Kahwin...Sekali Lagi!

Pada 07.07.12 sekali lagi haziq menghadiri Majlis kahwin Pak Itamnya di Melaka. Kalau minggu lepas majlis di buat di KL untuk sebelah perempuan, kini tibalah masanya orang Melaka pula menyambut kehadiran org KL.

Tapi pada sebelah paginya, sempatlah juga seluruh family meraikan hari lahir Aishah yang ke-3 tahun. Walaupun hari lahirnya yg sebenar jatuh pada 16.7.12 kebetulan ada majlis meraikan makciknya yang lahir pada 6.7, jadi buatlah sambutan sekali. lagipun inilah kali pertama nak menyambutnya di kampung bersama nenek dan sepupu-sepupunya. Majlis meriah dengan pulut kuning, kek butter scotch & bubur kacang. Apapun didoakan agar perjalanan hidup Aishah dan makciknya diberkati. InsyaAllah.

Majlis kali ini berkonsepkan garden wedding. Dengan berlatarbelakangkan laut Selat Melaka, Shah Beach resort telah dipilih sebagai lokasi majlis resepsi di Melaka. Oleh kerana temanya pink dan putih, maka haziq dan keluarganya mengikut tema.

Majlis yang meriah, haziq juga 'meriah' lah dengan aktivitinya yang tersendiri. Sampai sahaja di lokasi, Haziq dan keluarganya telah melihat sekeliling dan mengabadikan kenangan di lokasi majlis. Haziq dengan kameranya, telah mengambil gambar laut! Haa, itulah gambar yang disnapkan....bukannya dia ambil gambar orang.

Cuma apa yang dikhuatiri ialah si Aishah (Adik haziq). Dia ni pun pantang jumpa laut dan kolam. Kebetulan ada kolam di lokasi persandingan...takut dia minta 'nak mandi' jer. Tapi alhamdulillah...dia tak minat nak mandi kut sebab kolam telah dihias dengan belon2, bunga teratai dan api lilin.

Apapun, selepas majlis selesai, haziq dan keluarganya terus bergegas balik ke Johor kerana pada hari ini (08.07.12) Haziq ada pertandingan taekwando untuk proses naik tali pinggang. Selamat Berjaya Haziq...

Jom kita tengok aksi mereka di lensa... 

(Update via Fotopages - Ahad 08.07.2012)



 
 

No comments: